Kami berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk menggilap potensi dan bakat yang berinovatif, kreatif dan efektif dalam persekitaran kerja sebenar bagi membantu membangunkan sikap yang betul dan lebih bermotivasi serta berdedikasi.

Thanks for visiting Akademi ZIQ Bakery

Tuesday, 25 November 2014

Mesti Miliki Akaun Media Sosial Untuk Bantu Jayakan 4P di Akademi ZIQ Bakery

Pelatih mesti mempunyai akaun media sosial kerana semua aktiviti harian pelatih perlu dimuat naik dalam laman media sosial masing-masing.

Ia bukan sekadar untuk tujuan penilaian malah ia akan memberikan pendedahan kepada pelatih itu sendiri.

Cara ini juga adalah satu langkah awal untuk membentuk dan menyediakan ruang galeri untuk pelatih baru dan membina rangkaian mereka sendiri.

Mereka akan dapat lihat progres daripada mereka mula hingga ke akhir kursus dan seterusnya membina kerjaya professional mereka sendiri.

Proses Pembelajaran, Pengajaran, Praktikal dan Persekitaran suasana sebenar...itulah kelebihan kami di Akademi ZIQ bakery

Thursday, 23 February 2012

Pilih Kerja Tentukan Kerjaya

Pilih Kerja Tentukan Kerjaya. Chef De Partie-Pastry - L-110-3 Dapatkan Passport Anda Sekarang.

Pertanyaan & Pendaftaran
ChefLINE : 09 667 3868
Akademi Bakeri ZIQ
Lot 28902, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Malaysia
A Subsidiary of ZIQ Bakery And Cake Group

BLOG: http://akademibakeriziq.blogspot.com/
PAGE: http://facebook.com/akademibakeriziq

Wednesday, 5 October 2011

Sertai Kami Di Twitter

Sertai kami di Twitter

Sertai Kami Di YOUTUBE

Sertai kami di YOUTUBE

Jom Berangkaian Bersama Facebook Akademi Bakeri ZIQ.

Rangkaian yang besar dan meluas merupakan salah satu elemen terpenting untuk membantu proses pemantapan personal dan profesyen kita. Pengalaman yang dikongsi sudah tentu berupaya untuk membantu menggilap potensi dan bakat yang ada agar lebih berinovatif, kreatif dan efektif. Saling berpandangan dan berkongsi pengalaman dalam rangkaian akan mempercepatkan percambahan pengetahuan dan membentuk keperibadian dan sikap individu dan rangkaian. Bukan sekadar itu, pengalaman yang dikongsi berupaya menggilap potensi dan bakat yang inovatif, kreatif lagi efektif. Berangkaian juga akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan berdedikasi dalam percakapan dan perlaksanaan kerja. Jom Bersama Facebook Akademi Bakeri ZIQ.

Akademi Bakeri ZIQ
Lot 28902,Gong Badak 21300 Kuala Terengganu, Malaysia TEL: 609 667 3868




Tuesday, 4 October 2011

Memperkenalkan 3 Hidangan Utama Kerjaya Professional Anda

Memperkenalkan 3 kursus utama yang mempunyai potensi permintaan yang agak meluas bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia.

1.Pembantu Penyedia Pastri (Commis Pastry) L-110-1
2.Penyedia Pastry (Pastry Cook) L-110-2
3.Ketua Seksyen penyedia Pastry (Chef De Partie-Pastry) L-110-3

Selain daripada itu kursus-kursus yang dipilih juga telah mendapat pengiktirafan dan tauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia untuk kami menawar, mentadbir dan mengekalkan mutu Sistem Latihan Dual Nasional akan kami laksanakan sebaiknya untuk membantu anda.

Sistem pengajaran dan pembelajaran kami yang tersusun rapi dan pengalaman kami dalam perniagaan akan dikongsi untuk menggilap potensi dan bakat anda untuk menjadi lebih yang berinovatif, kreatif dan efektif. Bukan sekadar itu sahaja, modul pembelajaran dan pengajaran yang kami gabungkan antara teori dan amali serentak akan membantu memecut pembangunan sikap yang betul anda dalam suasana pekerjaan sebenar.

Jika anda berminat untuk menceburi bidang ini sebagai profesyen anda, hubungi kami ditalian 09 667 3868 kerana di sinilah tempat yang terbaik untuk anda.

Thursday, 29 September 2011

Insya Allah OK Bersama Akademi Bakeri ZIQ


Apabila dianugerahkan dengan bilangan pelajar yang bermotivasi dan berdedikasi, belajar dalam persekitaran kerja sebenar yang kondusif, apa yang kami lihat?

Kami melihat mereka tenaga pakar professional kemuka yang sedang dalam adunan. Sebagaimana matlamat awal ZIQ Bakery And Cake menceburi dalam bidang ini kerana kewajiban  serta penjuangan untuk menyediakan makan ala-barat yang "Halalan Toyyiban" disebelah Pantai Timur.

Selaras dengan hasrat itu kini Akademi Bakeri ZIQ berusaha sebaik mungkin untuk melahirkan seberapa ramai tenaga professional yang tahu dan mempraktikkan soal "Halalan Toyyiban" dikalangan umat islam untuk pasaran alaf yang akan datang.

Kerana itu kami yakin untuk mengatakan bahawa di Akademi Bakeri ZIQ, InsyaAllah OK
My Great Web page
 

Total Pageviews

Followers