Kami berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk menggilap potensi dan bakat yang berinovatif, kreatif dan efektif dalam persekitaran kerja sebenar bagi membantu membangunkan sikap yang betul dan lebih bermotivasi serta berdedikasi.

Thanks for visiting Akademi ZIQ Bakery

Sunday 25 September 2011

Kami Menawarkan Kursus Terpilih Dan Diiktiraf Kerajaan Untuk Memberikan Anda Keyakinan 100%.

Kami telah melalui pelbagai saringan yang ketat untuk melayakkan kami mengendalikan kursus yang ditawarkan. Kursus yang dipilih berdasarkan potensi permintaan pasaran semasa dan mempunyai peluang pekerjaan yang cerah. Sehubungan pengiktirafan dan tauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia untuk kami menawar, mentadbir dan mengekalkan mutu Sistem Latihan Dual Nasional akan kami laksanakan sebaiknya untuk membantu anda.

Untuk itu kami telah mengambil keputusan dengan menawarkan bidang latihan pekerjaan berikut ini.
1.Pembantu Penyedia Pastri (Commis Pastry) L-110-1
2.Penyedia Pastry (Pastry Cook) L-110-2
3.Ketua Seksyen penyedia Pastry (Chef De Partie-Pastry) L-110-3

Cara Gaya Akademi Bakeri ZIQ?
“Time is Money”.Oleh kerana itulah Modul Latihan Komprehensif dalam teori dan amali kami praktikkan serentak untuk menggilap potensi dan bakat anda menjadi lebih berinovatif, kreatif dan efektif dalam bidang yang anda pilih.

Anda akan didedahkan kepada persekitaran kerja sebenar yang akan membantu membangunkan sikap yang betul dan menjadikan anda lebih bermotivasi dan berdedikasi untuk berhadapan dengan kerjaya pilihan anda nanti.

Hubungi kami ditalian 09 667 3868

No comments:

Post a Comment

My Great Web page
 

Total Pageviews

Followers