Kami berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk menggilap potensi dan bakat yang berinovatif, kreatif dan efektif dalam persekitaran kerja sebenar bagi membantu membangunkan sikap yang betul dan lebih bermotivasi serta berdedikasi.

Thanks for visiting Akademi ZIQ Bakery

Thursday 29 September 2011

Insya Allah OK Bersama Akademi Bakeri ZIQ


Apabila dianugerahkan dengan bilangan pelajar yang bermotivasi dan berdedikasi, belajar dalam persekitaran kerja sebenar yang kondusif, apa yang kami lihat?

Kami melihat mereka tenaga pakar professional kemuka yang sedang dalam adunan. Sebagaimana matlamat awal ZIQ Bakery And Cake menceburi dalam bidang ini kerana kewajiban  serta penjuangan untuk menyediakan makan ala-barat yang "Halalan Toyyiban" disebelah Pantai Timur.

Selaras dengan hasrat itu kini Akademi Bakeri ZIQ berusaha sebaik mungkin untuk melahirkan seberapa ramai tenaga professional yang tahu dan mempraktikkan soal "Halalan Toyyiban" dikalangan umat islam untuk pasaran alaf yang akan datang.

Kerana itu kami yakin untuk mengatakan bahawa di Akademi Bakeri ZIQ, InsyaAllah OK

Tuesday 27 September 2011

Akademi Bakeri ZIQ Pengenalan promo.mpg


Memang benar, jika anda ada kemahuan, anda ada impian dalam bidang bakeri, semestinya kami mempunyai acuan yang terbaik untuk anda.
Sistem pengajaran dan pembelajaran kami yang tersusun rapid an pengalaman kami dalam perniagaan ini sudah cukup untuk meyakinkan anda bahawa Akademi Bakeri ZIQ adalah tempat yang paling sesuai untuk anda.
Di sini kami berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk menggilap potensi dan bakat anda untuk menjadi lebih yang berinovatif, kreatif dan efektif. Bukan sekadar itu sahaja, modul pembelajaran dan pengajaran yang kami gabungkan antara teori dan amali serentak akan membantu memecut pembangunan sikap yang betul anda dalam suasana pekerjaan sebenar.
Anda akan lebih memahami dunia yang anda ceburi dan mempelajari sesuatu yang baru dalam suasana sebenar setiap hari. Tidakkah ia akan menjadikan anda lebih bermotivasi dan berdedikasi? Hubungi kami sekarang TEL: 609 667 3868

Akademi Bakeri ZIQ

Lot 28902,Gong Badak 21300 Kuala Terengganu, Malaysia TEL: 609 667 3868

JOM SERTAI KAMI DI FACEBOOK TWITTER BLOG YOUTUBE GOOGLE BUZZ

Sunday 25 September 2011

Tawaran Kursus Mini Untuk 1 hingga 15 Penyertaan Di Akademi Bakeri ZIQ

Memasak bukan sekadar memasak, ia ada seninya tersendiri dan unik. Apatah lagi dalam penyediaan kek dan bahan-bahan bakeri yang lain. Ia bukan sekadar perlu nampak cantik tetapi juga sedap dimakan. Yalah..kalau tak kena caranya..lain cerita pula akibatnya.
Kini kami menawarkan kursus mini untuk 1- 15 penyertaan sahaja bagi anda mempelajari kaedah dan cara yang betul untuk menyediakan pelbagai bahan-bahan bakeri dan kek. Kursus yang kami tawarkan ialah:

1)Learn how to use nozel for decoration.
2)Learn how to make assorted od flower.
3)Use correct technique to create smooth finish of cake.

Kos Kursus (Baking Class)

1) Basic Fondant Cake Deco ( RM 200.00)
2) Advance Fondant Cake Deco (RM 300.00)
3) 1 Tier Wedding Cake Butter Cream ( RM 150.00)
4) 3 Tier Steam Butter Cake Deco (RM 300.00)
5) Basic Cupcake ( RM 200.00)
6) Fondant Cupcake (RM 250.00)
7) Continental Cake ( RM 200.00)
8) Doll Cake ( RM 200.00)
9) Assorted Sweet Bun ( RM 200.00)
10 ) Varieties Tartlets Class ( 150.00)

YANG PERLU DIBAWA SEMASA KELAS
1) Apron
2) Kitchen
3) Rolling Oin
4) Nozel (If Have)

HUBUNGI: 016-9217868/ 09-6673868.

Diskaun diberikan kepada penyertaan berkumpulan melebihi 15 peserta.

Kami Menawarkan Kursus Terpilih Dan Diiktiraf Kerajaan Untuk Memberikan Anda Keyakinan 100%.

Kami telah melalui pelbagai saringan yang ketat untuk melayakkan kami mengendalikan kursus yang ditawarkan. Kursus yang dipilih berdasarkan potensi permintaan pasaran semasa dan mempunyai peluang pekerjaan yang cerah. Sehubungan pengiktirafan dan tauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia untuk kami menawar, mentadbir dan mengekalkan mutu Sistem Latihan Dual Nasional akan kami laksanakan sebaiknya untuk membantu anda.

Untuk itu kami telah mengambil keputusan dengan menawarkan bidang latihan pekerjaan berikut ini.
1.Pembantu Penyedia Pastri (Commis Pastry) L-110-1
2.Penyedia Pastry (Pastry Cook) L-110-2
3.Ketua Seksyen penyedia Pastry (Chef De Partie-Pastry) L-110-3

Cara Gaya Akademi Bakeri ZIQ?
“Time is Money”.Oleh kerana itulah Modul Latihan Komprehensif dalam teori dan amali kami praktikkan serentak untuk menggilap potensi dan bakat anda menjadi lebih berinovatif, kreatif dan efektif dalam bidang yang anda pilih.

Anda akan didedahkan kepada persekitaran kerja sebenar yang akan membantu membangunkan sikap yang betul dan menjadikan anda lebih bermotivasi dan berdedikasi untuk berhadapan dengan kerjaya pilihan anda nanti.

Hubungi kami ditalian 09 667 3868
My Great Web page
 

Total Pageviews

Followers